Menyimpan janggut : Merupakan pekara sunat, demikian dengan cara menyimpan atau meninggalkannya tanpa menggunting, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a :
Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda :
(Maka dimakruhkan mencukurnya seperti perbuatan orang² asing, dan meninggalkan walau bagaimana sekalipun, makruh mengguntingkannya.Bertentanganlah dengan kaum musyrikin, cukurlah misai, dan simpanlah janggut".
Imam Ghazali menyatakan di dalam kitab Al-Ihya' :
"Khilaf di kalangan para ulama salaf apabila panjangnya janggut, maka ada yang berpendapat :
Tidak mengapa memegang janggut dan menggunting selebih di bawahnya, ini dilakukan oleh Ibn Umar kemudian beberapa ulama tabi’in, dan memperelokkannya oleh As-Sya’bi dan Ibn Sirin )
Oleh yang demikian harus menggunting janggut berdasarkan ‘Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya : Bahawa Nabi SAW menggunting janggutnya daripada bawah dan panjangnya."
Manakala apabila tumbuh janggut bagi perempuan maka disunatkan mencukurnya, begitu juga misai dan buluan yang tumbuh di bawah mulut.
* Lelaki tampak lebih manis apabila berjanggut walaupun wajahnya sedang² saja. Anda setuju? ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan