“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Dia datangkan
petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Jodoh itu rahsia Allah . Sejauh dan sedalam manapun kita
fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah
ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat
terbatas.
Namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri
menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kuderat yang telah Allah
kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakkal
kepada Allah kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan
hanya Allah yang menentukan pengakhirannya.
Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah
malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu bertapa perit dan derita
yang kita tanggung. Bukan Allah tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha
mencari yang terbaik.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah
tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini
Allah telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok
hari kebahagiaan yang kekal abadi.
Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah
kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian
hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari
Allah . Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati
terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan
dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus
harap di atas rahmat Allah . Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu
benar.
Percaya Setiap Insan Yang Di Lahirkan Sudah Tercatat Siapa
Jodoh Nya... ( Tp Kita Perlu Mencari Dan Memilih Yang Terbaik)...............
Walaupun Kita Xfaham Istilah Jodoh Pilihan Atau Takdir Yang Sebenar...
Tapi Yakinlah Allah
Sudah Catatkan Siapa Jodoh Kita.... :)
terima kasih..saya masih lagi menunggu jodoh saya..
BalasPadamsy ada satu soalan saya hampir menjadi isteri kedua..tetapi saya menolak kerana saya tidak mahu rosakkan rumahtgga org .sy bingung nanti sy hny pemuas nafsu sementara si lelaki ini jika saya terima dia..sdgkn isterinya jauh lebih baik dari sy, misalny berjawatan tinggi, dan lebih akrab dan memahami suaminya. sdgkan sy ni,xcantik, miskin dan xpandai..lelaki ini meminati sy krn akhlak dan usia sy remaja..sy ni penghilang kebosanan dia...Adakah ini bermaksud sy telah menolak jodoh sY? mohon petunjuk..sy masih lg xfhm apa itu jodoh.