Selasa, 14 Februari 2012

Kelebihan/Pahala solat berjemaah


Pahala solat berjemaah.

Ramai orang yang taat melakukan solat di rumah atau secara berseorangan di rumah, tetapi tidak menyedari kelebihan gajaran pahala yang diberolehi bersolat jemaah di masjid/surau. Besolat jemaah itu adalah dua puluh tujuh kali lebih banyak derajat pahala yang dikurniakan Allah.Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keridhaan Allah swt, dengan hanya berusaha melakukan lebih sedikit.Oleh itu marilah sama-sama kita merebut keuntungan-keuntungan yang dijanjikan Allah swt,di akhirat nanti. Janganlah hendaknya kita dilalaikan dengan tidak solat berjemaah seperti di masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah kita.

Kelebihan solat berjemaah sebagimana yang disabdkan oleh Rasulullah saw,

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian"

- (Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi)

Dalam satu hadis yang lain abu hurairah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Nabi Muhammad saw bersabda, "Solat dengan berjemaah adala 25 kali lebih utama dari solat di rumah atau di kedai. ini adalah kerana apabila seorang hendak solat maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa. Kalau dia ber'iktikaf pula dalam masjid degan ada wudhu selepas selesai solat, para malaikat berdoa ke hadrat Allah swt memohon ampun untuknya. Dan selagi dia ber'iktikaf menunggu solat, dia terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sibuk bersolat."

(Riwayat Al Bukahri, Muslim, Abu Daud , Tarmizi,Ibn Majah)

Keterangan:

1. Peselisihan derajat dari 25 ke 27 ini adalah kerana perselisihan ikhlas dalam diri perseorangan.

2. Dalam solat Sri ( yakni zuhur dan asar) ia adalah 25 kali, manakala bagi solat jahri ( solat subuh, maghrib dan isyak) ia adalah 27 kali.

3.Pada mula ia adalah 25 kali, tetapi selepas itu Allah swt sebagai satu anugerah kepada aumat Muhammad saw menambahkan pahala itu menjadi 27 kali.

Rasulullah saw telah juga menjelaskan kepada kita bahawa betapa pahala atau rahmat Allah swt, itu terus bertambah-tanmbah bagi seorang yang lepas berwudhu, keluar dari rumah dengan niat semata-mata hendak solat dengan berjemaah di masjid, setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan juga menghapuskan satu dosa.

Disebut dalamm hadis lain yang bermaksud, bahawa seorang yang menambil wudhu di rumah,kemudian keluar dari rumahnya ke masjid adalah seumpama seorang yang selepas memakai ihram di rumahnya, keluar untuk mengerjakan fardhu haji.

Di dalam hadis di atas dijelaskan iaitu selagi seseorang itu beriktikaf di dalam masjid selepas selesai solat, para malaikat berdoa memohon ampun dan rahmat untuknya. Malaikat-malaikat adalah makhluk Allah swt yang maksum, jadi kesannya doa mereka itu ternyata makbul di sisi Allah swt.

Semasa selepas bacaan fatihah dan lafaz Amin selepas imam itu, malaikat sama-sama berkata amin. Allah mengampunkan dosa yang lampau bagi orang yang aminya serentak bersma dengan para malaikat. Inilah berkat berjemaah yang tidak didapati solat secara bersendirian.

Dalam hadis yang lain,

Dari Abu Hurairah ra katanya:"Rasulullah saw bersabda:"Solatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipatgandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara sendirian-munfarid- atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahawasanya apabila seseorang itu berwudhu' lalu memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersolat, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sederjat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersolat, maka para malaikat itu sentiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat solatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu ialah, "Ya Allah, berikahlah kerahmatan pada orang itu; Ya Allah, belaskasihanlah ia". Orang tersebut dianggap berada dalam solat, selama ia menantikan solat jeamah".
- (Muttafaq alaih)

"waallahualam''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like button