Khamis, 31 Januari 2013


PENGHUNI SYURGA AKAN DATANG PADAMU

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan, kami sedang duduk bersama Rasulullah saw apabila baginda saw bersabda: Seorang penghuni syurga akan datang padamu sekarang. Tidak lama kemudian seorang Ansar datang, dari janggutnya berjatuhan titisan-titisan air wudhu dan dia memegang kasutnya dengan tangan kirinya. Pada hari yang kedua Rasulullah saw mengula
ngi perkataannya. Sekali lagi orang Ansar yang sama datang dalam keadaan yang sama yang mana dia datang pada hari yang pertama. Pada hari yang ketiga Rasulullah saw mengulangi perkataan yang sama dan sahabat itu datang lagi dalam keadaan yang sama.

Apabila Rasulullah saw pergi, Abdullah bin Amr r.huma mengikuti orang Ansar itu kerumahnya dan berkata kepadanya; Aku telah bertengkar dengan ayahku dan telah bersumpah bahawa aku tidak akan kembali kepadanya selama tiga hari? Dia berkata; baik sekali.

Anas ra meriwayatkan; Abdullah ra menceritakan bahawa dia tinggal selama tiga malam dengan sahabat Ansar itu, tetapi dia tidak melihatnya beribadah pada malam hari, kecuali apabila dia terbangun dan mengubah kedudukan tidurnya diatas tempat tidur dia memuji Allah dan berkata: Allahu Akbar, sehingga dia bangun untuk solah subuh dari tempat tidurnya. Ada satu perkara lagi bahawa aku tidak pernah mendengar sesuatu yang keluar dari mlutnya kecuali yang baik sahaja

Apabila tiga malam berlalu dan aku mengira amalan-amalan biasa sahaja (aku hairan bagaimana Rasulullah saw memberinya satu khabar gembira yang besar) dia berkata kepada Ansar itu; Hai hamba Allah, tidak ada pertengkaran antara aku dan ayahku atau tidak ada perselisihan, akan tetapi aku telah mendengar Rasulullah saw mengatakan tiga kali tentang engkau, bahawa seorang penghuni syurga sedang datang kepada kita dan engkau datang kepada kami pada tiga waktu itu.

Aku berfikir, aku akan tinggal denganmu dan melihat amalan yang istimewa yang engkau kerjakan supaya aku dapat mengamalkannya. Meskipun demikian, aku tidak melihat engkau melakukan amalan yang istimewa. Apa yang telah menaikkan engkau kepada darjat yang Rasulullah saw nyatakan tentangmu? Orang Ansar itu menjawab; Amalan-amalan yang engkau lihat adalah biasa (aku tidak memiliki amalan yang istimewa).

Abdullah ra berkata; Mendengarkan jawapan itu aku pun pergi. Apabila aku hendak pergi orang Ansar itu memanggil aku kembali dan berkata; Engkau telah melihat amalan ku , tetapi ada satu hal sebagai tambahan, aku tidak mempunyai perasaan buruk dalam hatiku tentang seseorang muslim. Aku tidak irihati jika Allah menganugerahkan kepada orang lain sesuatu nikmat istimewa.

Abdullah ra berkata; Inilah amalan yang tidak dapat kami lakukan.
(HR Musnad Ahmad dan Majma uz Zawaid)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like button