Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu
dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan
kembali”.(al-Anbiya ayat 35)
“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan),
maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat,
dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila
sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi
kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)
Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu
buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan
membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.
Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat
membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru
meninggal di rumah.
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah
langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah
sentiasa di hormati.
Mati itu adalah suatu kejutan.Apabilamelihat atau mendengar
berita kematian hendaklah mengucapkan:
“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya
kepada Allah jualah kita dikembalikan.”
Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari
duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama
Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
Rapatkan mulutnya
Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah
untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau
quran)
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan
wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat
Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat
di hadapkan ke Qiblat.
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah
ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ;
anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah
, bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk
menguruskannya.
wallahua'lam
sumber : Fitrah Islami Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan