PENGHUNI SYURGA AKAN DATANG PADAMU
Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan, kami sedang duduk
bersama Rasulullah saw apabila baginda saw bersabda: Seorang penghuni syurga
akan datang padamu sekarang. Tidak lama kemudian seorang Ansar datang, dari
janggutnya berjatuhan titisan-titisan air wudhu dan dia memegang kasutnya
dengan tangan kirinya. Pada hari yang kedua Rasulullah saw mengula
ngi perkataannya. Sekali lagi orang Ansar yang sama datang
dalam keadaan yang sama yang mana dia datang pada hari yang pertama. Pada hari
yang ketiga Rasulullah saw mengulangi perkataan yang sama dan sahabat itu
datang lagi dalam keadaan yang sama.
Apabila Rasulullah saw pergi, Abdullah bin Amr r.huma
mengikuti orang Ansar itu kerumahnya dan berkata kepadanya; Aku telah
bertengkar dengan ayahku dan telah bersumpah bahawa aku tidak akan kembali
kepadanya selama tiga hari? Dia berkata; baik sekali.
Anas ra meriwayatkan; Abdullah ra menceritakan bahawa dia
tinggal selama tiga malam dengan sahabat Ansar itu, tetapi dia tidak melihatnya
beribadah pada malam hari, kecuali apabila dia terbangun dan mengubah kedudukan
tidurnya diatas tempat tidur dia memuji Allah dan berkata: Allahu Akbar,
sehingga dia bangun untuk solah subuh dari tempat tidurnya. Ada satu perkara
lagi bahawa aku tidak pernah mendengar sesuatu yang keluar dari mlutnya kecuali
yang baik sahaja
Apabila tiga malam berlalu dan aku mengira amalan-amalan
biasa sahaja (aku hairan bagaimana Rasulullah saw memberinya satu khabar
gembira yang besar) dia berkata kepada Ansar itu; Hai hamba Allah, tidak ada
pertengkaran antara aku dan ayahku atau tidak ada perselisihan, akan tetapi aku
telah mendengar Rasulullah saw mengatakan tiga kali tentang engkau, bahawa
seorang penghuni syurga sedang datang kepada kita dan engkau datang kepada kami
pada tiga waktu itu.
Aku berfikir, aku akan tinggal denganmu dan melihat amalan
yang istimewa yang engkau kerjakan supaya aku dapat mengamalkannya. Meskipun
demikian, aku tidak melihat engkau melakukan amalan yang istimewa. Apa yang telah
menaikkan engkau kepada darjat yang Rasulullah saw nyatakan tentangmu? Orang
Ansar itu menjawab; Amalan-amalan yang engkau lihat adalah biasa (aku tidak
memiliki amalan yang istimewa).
Abdullah ra berkata; Mendengarkan jawapan itu aku pun pergi.
Apabila aku hendak pergi orang Ansar itu memanggil aku kembali dan berkata;
Engkau telah melihat amalan ku , tetapi ada satu hal sebagai tambahan, aku
tidak mempunyai perasaan buruk dalam hatiku tentang seseorang muslim. Aku tidak
irihati jika Allah menganugerahkan kepada orang lain sesuatu nikmat istimewa.
Abdullah ra berkata; Inilah amalan yang tidak dapat kami
lakukan.
(HR Musnad Ahmad dan Majma uz Zawaid)