Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan
menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya
dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar
rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak
diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di
pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya
dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan
sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya
atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya
di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan
dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia,
mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan
kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan
berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan
semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak
sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup
aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki
lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas
dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh
doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh
doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor
wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman
lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu
kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan
oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika
berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’
kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri
tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam
golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda
sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori
DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama
isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله
فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana
mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad ,
Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan