“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara
bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan,
daripada bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar
waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai
Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang
juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung.
Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita
sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup
aurat ini?
Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami
telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu,
dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya
kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam
ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang
menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan
semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat
and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai
orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum
wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah
jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat
dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku
belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti
bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua
adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika
berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka
(sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk
syurga dan tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh
terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).
Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup
aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini,
menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat,
tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan
negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini
boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana.
Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas
wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam
cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita
yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar
mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke
dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami
mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang
seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala,
tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang
menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis
sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia
telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi
kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki,
seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat
isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini
tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki
dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu
akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya
akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup
mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah
kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia
mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala
dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member
naungan di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.
wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan