Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku
ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya
Allah.
Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang
pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan
memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya
adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak
berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah
yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.
Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat
manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu
utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa
bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup
aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu
masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat
itu terkubur.
Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari
nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul
lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita
ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!
Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari
Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi
masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan
belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya.
Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia
keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk
menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada
sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya.
Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya.
Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan
tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah
yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan
menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!
Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi
aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari
yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu.
Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang
solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.
Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah
dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku
bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi
lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like
that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa
undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia
merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!
Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri
juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari
pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua
berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir,
memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga,
kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana.
Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.
Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang
kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki.
Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga
hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa,
semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.
Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat
fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung
ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula
mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula,
puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di
FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku
tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’
bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata
ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku
ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di
akhirat kelak.
P/s : Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin
mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah
dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan
Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan
berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan
Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku.
Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn.
Doakan saya kuat dalam beristiqamah.
# Pendamba al Jannah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan