Jumaat, 27 Januari 2012

19 Hadith Nabi Tentang Wanita

1.Doa perempuan lebih makbul dari pada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika di tanya oleh Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "IBU LEBIH PENYAYANG DARI PADA BAPA DAN DOA ORANG PENYAYANG TIDAK AKAN SIA SIA"

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristihgfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seorang perempuan melahirkan seorang anak, keluarlah dia dari dosa dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari air susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila ' semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karna takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8.Barang siapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun)

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap 
wanita ? Jawab Rasulullah " SUAMINYA" . Siapa pula berhak terhadap lelaki ?Jawab Rasulullah, " IBUNYA".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan dilaut, burung diudara , malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) didalam syurga.

18.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka  dengan penuh rasa taqwa  serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A. barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

2 ulasan:

  1. This is a better-quality article as they all are. I make fun of been wonder wide this an eye to some beat now. Its great to receive this info. You are fair and balanced.
    Cadillac SRX AC Compressor

    BalasPadam
  2. thanks for the compliment, so that together we are considering each other as gods

    BalasPadam

Like button