Khamis, 20 September 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T


“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”



Jodoh itu rahsia Allah . Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.
Namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kuderat yang telah Allah kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakkal kepada Allah kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan pengakhirannya.
Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu bertapa perit dan derita yang kita tanggung. Bukan Allah tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha mencari yang terbaik.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.

Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah . Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah . Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar.

Percaya Setiap Insan Yang Di Lahirkan Sudah Tercatat Siapa Jodoh Nya... ( Tp Kita Perlu Mencari Dan Memilih Yang Terbaik)............... Walaupun Kita Xfaham Istilah Jodoh Pilihan Atau Takdir Yang Sebenar...
Tapi  Yakinlah Allah Sudah Catatkan Siapa Jodoh Kita.... :)

Sabtu, 15 September 2012

HUKUM BERGAMBAR

Soalan:
1. Apa hukum kalau lelaki dan wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu gambar...

2. Mcm mana nak elak ?

Jawapan :

1. Hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..

Hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. Boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2.
(syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. Hukum mendekati zina itu haram)

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.


Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.


Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.


Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]
c) Dosa membuat fitnah itu besar... Jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Surah Al-Baqarah : Ayat 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Surah Al-Humazah : Ayat 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Surah Al-Buruj : Ayat 10


2. Cara mengelakkan..

1. Jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. So orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. Selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. Imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... Selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. Ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. Tolaklah pelawaan dengan baik... Minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. Janganlah plak selepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. Hilang respect dia..

4. Berdoalah... Kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. Doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... Semoga dpt membantu... Ingat lah bukan mahram tetap bukan mahram walaupun ianya hanya berkawan biasa apatah lagi jika *cinta terlarang* :)



                                            P/S : video ustaz azhar jelas hukum bergambar....

 

Jumaat, 14 September 2012

"SOLAT YANG BENAR"


Solat wajib di lakukan mengikut hukum dan syarat syarat yang telah di tetapkan syariat,di samping itu ia wajib di lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah.

Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan solat maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyembah Allah.Maka sudah tentu dia tidak akan rasa bertuhan.Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba.

Ibadah orang saperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya sendiri.Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan berkasih sayang.Tetapi apa yang akan lahir ialah sifat sombong, riak dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan.

Solat yang sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan nya.

Dosa saperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada Allah.Akhirnya dia mati dalam su’ul khatimah kerana selama ini dia rasa dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka.Rupa rupanya dia melakukan dosa di atas saluran yang baik.Melakukan dosa sedangkan dia dalam solat.Membuat dosa dan derhaka dalam ketaatan.Lahirnya nampak taat tapi batinya derhaka.

Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya menyuburkan nya.

“SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA” – AL MUKMINUN AYAT 1-2.

Khamis, 13 September 2012

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Like button