Ulasan dari Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi
Didalam ilmu usul fiqh, hukum wajib itu terbahagi kepada
beberapa bahagian. Antaranya adalah, wajib itu dibahagikan kepada wajib
mudhayyaq (sempit) seperti menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan juga
wajib muwassa’ (luas), seperti menunaikan solat.
Dikatakan berpuasa di bulan ramadhan sebagai wajib mudhayyaq
(sempit) adalah kerana, berpuasa itu tidak boleh dilakukan dibulan-bulan yang
lain. maka dengan sebab itulah, berpuasa di bulan ramadhan dikira sebagai wajib
mudhayyaq (sempit).
Adapun solat, dikatakan sebagai wajib muwassa’ (luas) adalah
kerana, solat itu tidak semestinya di tunaikan diawal waktu, bahkan selagi
waktu bagi solat belum habis, maka selagi itulah solat boleh di tunaikan[5].
Maka dengan demikian, sekiranya berlaku pilihanraya di musim
haji, maka hendaklah dihimpunkan kedua-dua kewajipan tersebut, iaitu kewajipan
mengundi dan kewajipan melakukan haji.
Kewajipan mengundi untuk memenangkan parti islam adalah satu
kewajipan yang mudhayyaq (sempit), ini adalah kerana, di sebabkan kekalahan
parti islam dalam sesuatu pilihanraya akan menatijahkan penghinaakan terhadap
agama Islam selama 5 tahun.
Adapun kewajipan haji merupakan wajib yang muwassa’ (luas).
Ini adalah bersebab, dibenarkan kepada kita menunaikan ibadat haji di tahun
yang mendatang.
Oleh yang demikian, apabila berhimpun dua wajib ini, maka
ketika itu, wajib kepada pengundi yang pergi haji bahawa tidak pergi ke Mekkah
untuk buat haji pada hari berlakunya pilihanraya, bahkan wajib kepada pengundi
mengundi parti islam untuk memastikan islam tidak dihina dimulut musuh-musuh
Islam.
Mudharat tidak ke makkah untuk melakukan ibadat haji
tidaklah sebesar mudharat kalah parti islam dalam pilihanraya.
Jika seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan tidak
sempat melakukan ibadat haji, dibenarkan kepada waris untuk menunaikan haji
niyabah untuk dirinya[6].
Adapun mengekalkan pemerintah zalim merupakan mudharat yang
besar jika dibandingkan dengan mudharat tidak mengerjakan haji ketika itu.
Maka dengan demikian, apabila berhimpun dua mudharat ini,
maka hendaklah diambil mudharat yang paling ringan antara dua mudharat, iaitu
tidak melakukan haji pada tahun tersebut, bahkan mengambil tindakan menunggu
pilihanraya dan mengundi parti islam pada tahun tersebut.
Ini didasarkan kepada kaedah fiqh yang berbunyi;
ﺇﺫﺍ ﺗﻌﺎﺭﺽ ﻣﻔﺴﺪﺗﺎﻥ ﺭﻭﻋﻲ
ﺃﻋﻈﻤﻬﻤﺎ ﺿﺮﺭﺍ ﺑﺈﺭﺗﻜﺎﺏ ﺃﺧﻔﻬﻤﺎ
Maksudnya;
“Apabila bertembung dua mafsadah,
maka diraikan mudharat yang paling besar dari kedua-duanya dengan melakukan
yang paling ringan daripada kedua-duanya[7]”
Menurut Jumhur ulama melainkan hanafi, dibenarkan melakukan
niyabah (ganti) haji ketika tidak mempu menunaikannya (al-fiqh al-Islami Wa
adillatuh : 3/38)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan