Isnin, 26 Mac 2012

SAHABAT NABI SAW Abdullah ibn Abbas dan Abbad ibn Bishr

Abdullah ibn Abbas  

`Abdullah ibn `Abbas (Bahasa Arab: عبد الله ابن عباس‎) dilahirkan tiga tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Abbas bin Abdul Muttalib dan ibunya pula bernama Lubabah binti Harith. Ini bermakna Abdullah merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Berasal dari kota Makkah.

Kehidupannya :

Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak di kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara.

Jasa dan perjuangannya :

Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan talkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari.
Berkat kecerdasan otak beliau, Abdullah berjaya mengamankan keadaan umat Islam, walaupun untuk seketika.
Beberapa orang keturunan beliau berusaha untuk membina sebuah kerajaan baru setelah Kerajaan Bani Ummaiyyah dilihat agak tersasar dari matlamatnya. Kemudian lahirlah sebuah kerajaan yang mengambil sempena namanya iaitu Daulah Bani Abbasiyyah.


------------------------------------------------------------------------------------



Abbad ibn Bishr

Abbad ibn Bishr (Bahasa Arab: عباد بن بشر‎) (sekitar 606–632) merupakan seorang pemuda Madinah dari golongan Ansar. Beliau masuk Islam ketika berusia lima belas tahun hasil usaha keras seorang sahabat Nabi iaitu Mus'ab ibn Umair.

Kehidupannya :

Ketika berhijrahnya golongan Muhajirin ke Madinah, Abbad dipersaudarakan dengan Ammar ibn Yasir. Beliau merupakan pemuda yang gigih mencari ilmu, warak dan berani di medan pertempuran.
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar memuji Abbad dalam kata-katanya yang bermaksud:
"Ada tiga orang dari golongan Ansar yang sifat baiknya tidak mampu dicabar oleh sesiapa pun iaitu Saad Ibn Muaz,Usaid Ibn Khuadair dan Abbad ibn Bishr"

Jasa dan perjuangannya :

Abbad pernah menjaga khemah tentera Islam secara bergilir-gilir bersama saudara Hijrahnya iaitu Ammar semasa kaum Bani Najd merancang untuk membuat serangan ke atas kota Madinah.
Ketika berlakunya Perang Yamamah dalam siri Peperangan Islam-Riddah, Abbad bersama empat ratus orang golongan Ansar membuat serangan mengejut ke atas kaum Murtad pimpinan Musailamah al-Kazzab sehingga mereka terdesak lalu berundur ke kota mereka.
Di dalam pertempuran ini, Abbad terkorban syahid.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like button